top of page

MOU UM - JAWI "Projek Masjid Hijau"

Universiti Malaya Memeterai Rangka Kerja Strategik Kelestarian ‘Projek Masjid Hijau’ Melalui Memorandum Persefahaman (MOU) Bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Bersempena Persidangan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan 2022, satu Memorandum Persefahaman (MOU) antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI dan Universiti Malaya dimeterai dengan jayanya di Masjid Wilayah


Majlis ini disempurnakan oleh Datuk Hj Mohd Ajib Ismail (Pengarah JAWI) mewakili JAWI manakala UM diwakili Prof. Ir. Dr. Shaliza Ibrahim (Timbalan Naib Canselor - Penyelidikan & Inovasi) dengan disaksikan YB Senator Datuk Hj Idris Hj Ahmad Ustaz Idris Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama), turut bersama Prof. Madya Dr. Zeeda Fatimah Mohamad (Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian UM) mengiringi TNC P&I UM.


YB Menteri menyentuh tiga elemen utama peranan dan fungsi Masjid dan Surau Jumaat dalam ucapan perasmiannya:

1. Pusat Penyatuan Ummah 2. Pusat Pendidikan Ummah - pembangunan ilmu 3. Pusat Penyatuan Masyarakat

Kerjasama strategik kelestarian projek masjid hijau ini merupakan kesinambungan dan transformasi impak dan kejayaan Imarah Green Project Eco-Surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM); salah sebuah projek EcoCampus.UniMalaya Living Lab. Gerak kerja penyelidikan bersifat ‘action research’ dan translasional ini akan direplikasi dan diketengahkan untuk penyesuaian pelaksanaan skop yang lebih meluas melibatkan masjid dan surau jumaat dibawah urus tadbir JAWI.


Kerjasama ini bertepatan sekaligus menyumbang secara langsung hasrat Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 sekaligus menyokong inisiatif pembudayaan amalan kelestarian dalam komuniti Muslim dan pengurusan masjid.



 
10 views0 comments
bottom of page